Topik diikuti
Pergi ke BHkuRahayu: Perkukuh akta kanak-kanak dan orang muda memang perlu
MASYARAKAT PERLU SOKONG: Cik Rahayu berkata masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk terus menyokong dan memberi bimbingan kepada ibu bapa, terutamanya mereka yang mempunyai cabaran. - Foto fail -
Sep 4, 2019 | 5:30 AM
AKTA Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA) adalah amat penting sebagai rangka perundangan yang memelihara anak-anak dan orang muda daripada bahaya dan membantu pemulihan jika perlu, kata Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong).
Justeru, beliau berkata terdapat keperluan untuk menyemak dan memperkukuh akta itu supaya pemerintah dapat menangani keperluan sektor dan masyarakat dengan baik.
