Topic followed successfully
Go to BHkuRahayu: Tiga wanita Melayu bersemangat waja
Rahayu: Tiga wanita Melayu bersemangat waja
Rahayu: Tiga wanita Melayu bersemangat waja
TIGA wanita bersemangat waja disebut oleh Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam (GRC Jurong) dalam di Parlimen semalam. Wanita memainkan peranan penting dan telah memberi sumbangan penting dalam masyarakat dan negara.
CIK SHIRIN HAMID
Menarik perhatian laporan Berita Harian (BH) mengenai Cik Shirin Hamid, Pengarah Agung dan Ketua Pegawai Maklumat Bank Pembangunan Asia (ADB), yang berpangkalan di Manila, Filipina, Cik Rahayu menyatakan pencapaian Cik Shirin dalam bidang teknologi yang jarang diceburi wanita dari kaum minoriti, cukup membanggakan.
Cik Shirin menerajui jabatan teknologi bank serantau yang memiliki 45 pejabat global.
Sebelum ini, bakatnya turut dikenal pasti bagi peranan sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau UNDP di New York, selama lebih 10 tahun - jawatan tertinggi yang tidak dilantik secara politik di PBB.
CIK FATIMAH MOHSIN
Cik Rahayu turut memberi contoh bagaimana pereka dan pengasas Fatimah Mohsin The Wedding Gallery yang tidak berputus asa meskipun banyak majlis dan acara harus dibatalkan atau ditunda akibat kesan pandemik Covid-19.
Cik Fatimah telah mengubah strategi syarikatnya dan telah membuka sebuah restoran baru.
Malah, beliau juga telah menjahit dan mengagihkan 600 pelitup muka kepada pegawai barisan hadapan sebagai tanda penghargaan bagi pengorbanan mereka selain menjemput peniaga kecil meletakkan produk mereka di kedainya tatkala Bazar Ramadan fizikal tahun lepas terpaksa dibatalkan.
CIK FARALIZA ZAINAL
Cik Rahayu memberi contoh mengenai Cik Faraliza Zainal, pengasas Hab Pendidikan Khas MIJ, yang meninggalkan pekerjaannya di Dow Jones bagi membentuk sebuah pusat pendidikan bagi memenuhi keperluan anaknya yang istimewa.
Cik Faraliza memberikan komitmen untuk menjadikan masyarakat negara ini lebih inklusif dan mendakapi anggota yang datang dengan keupayaan yang berbeza.

