Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rai ulang tahun ke-60, Persatuan Muslim NUS kenang pencapaian, kongsi rancangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rai ulang tahun ke-60, Persatuan Muslim NUS kenang pencapaian, kongsi rancangan

Jan 29, 2024 | 07:24 PM



Tradisi menghulurkan khidmat kepada masyarakat telah dikekalkan lama oleh Persatuan Muslim Universiti Nasional Singapura (NUSMS), dengan tumpuan berkhidmat kepada kedua-dua pelajar Islam dan masyarakat Islam yang lebih luas melalui pelbagai kursus.

Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob menghadiri sebagai tetamu terhormat dalam meraikan ulang tahun ke-60nya di Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-60 NUSMS, yang diadakan di dewan The Cove yang terletak di City Plaza, pada 27 Januari.

Dalam ucapannya, Puan Halimah memuji usaha kolektif NUSMS selama ini dalam mewujudkan ruang yang bertenaga dan menyokong pelajar mengembangkan kemahiran kepimpinan mereka dan menyumbang kepada masyarakat melalui pelbagai program.

Untuk mencapai peningkatan, Puan Halimah menekankan kepentingan perwatakan kerana “ia (perwatakan) adalah blok asas untuk semua yang anda ingin kembangkan – kemahiran kepimpinan serta kepercayaan dalam komuniti universiti serta masyarakat yang lebih besar”.

Seramai 130 tetamu daripada alumni Islam NUS dan pelajar NUS hadir dalam majlis itu. Ini termasuk dua wakil daripada Persatuan Muslim Universiti Teknologi Nanyang (NTUMS) dan Persatuan Muslim Universiti Pengurusan Singapura (SMUMS).

Menurut Puan Halimah, beliau berbesar hati dengan anak muda hari ini, termasuk penglibatan aktif mereka dalam pertubuhan institusi seperti NUSMS yang telah mengambil minat yang begitu mendalam terhadap isu-isu dunia – keadaan di Gaza – dan memainkan peranan penting dalam menyokong golongan yang memerlukan dalam masyarakat.

Antara alumni Islam NUS adalah tokoh terkemuka yang turut menghadiri acara ulang tahun itu – mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Mohammad Alami Musa; Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, dan Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.

Dalam catatan Facebooknya pada 29 Januari, Encik Masagos meluahkan kata penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada NUSMS atas pencapaian mereka.

“Badan-badan pelajar pengajian tinggi seperti NUSMS memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan agama, budaya dan sosial para pelajar. Selain menyemai sifat-sifat kewarganegaraan, kemahiran dan keperibadian – nilai-nilai penting yang membentuk belia kita – badan-badan pelajar adalah satu wadah untuk memupuk barisan pemimpin masa depan dengan mengasah kemahiran kepimpinan mereka,” kata beliau.

Selain menawarkan peluang rangkaian antara pelajar NUS masa lalu dan kini, perkembangan dan perubahan NUSMS selama 60 tahun juga ditampilkan dalam bentuk video, rancangan dan hala tuju masa depan diketengahkan dan permainan Bingo dikendalikan semasa majlis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >