Topik diikuti
Pergi ke BHkuRaih Anugerah Emas cipta kimia hapus bahan pencemaran
DIIKTIRAF ANUGERAH: Cik Hasanah Noor Azman, pemenang Anugerah Emas Pesta Sains dan Kejuruteraan Singapura 2020 bersama mentornya Profesor Sow Chorng Haur, ketua jabatan fizik di Fakulti Sains, Universiti Nasional Singapura (NUS). - Foto ihsan DR SOW CHORNG HAUR
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 28, 2020 | 5:30 AM
MESKIPUN Hasanah Noor Azman tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam serta pengalaman dalam bidang kimia, semangat untuk mencari huraian bagi menangani isu pencemaran laut tidak pernah luntur.
Dengan bimbingan mentor dari Universiti Nasional Singapura (NUS), pelajar tahun ketiga Institut Millenia berusia 19 tahun itu berjaya mencipta sejenis kimia yang berupaya membantu produk lain melenyapkan bahan pencemar yang sering didapati di laut.

