Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Raih gred ‘A’ peperiksaan sains antarabangsa pada usia 10 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ADHD, disleksia dan disgrafia bukan halangan

Raih gred ‘A’ peperiksaan sains antarabangsa pada usia 10 tahun

Feb 18, 2024 | 05:30 AM



Ketika murid sekolah rendah lain mula mempelajari Sains asas, Mohamed Mikail Mohamed Shahrom, 11 tahun, sudah tahu struktur molekul kompleks seperti hemoglobin (sel darah merah) dan asid amino dalam asid deoksiribonukleik (DNA).

Mikail, pada usia tiga tahun sudah menonjolkan rasa ingin tahu dan kebolehan yang luar biasa dalam mata pelajaran Sains. 







Lumrah bagi kanak-kanak sebayanya bermain permainan seperti Roblox. Namun, Mikail pamerkan gelagat yang berbeza apabila dia tekun memahami mekanik di sebalik mainannya, sering menyelidiki kerja dalamannya.

Dari kecil, Mikail disyaki mempunyai kesukaran pembelajaran dan beliau kemudian didapati mempunyai hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD), disgrafia dan disleksia.

Namun, keadaan tersebut tidak menghalang pelajar Sekolah Rendah St Hilda itu memperoleh gred ‘A’ untuk gabungan Sains Fizik, Kimia dan Biologi untuk Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE), yang bersamaan dengan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’, pada usia 10 tahun.

Mikail menduduki peperiksaan itu pada Oktober 2023, dan meraih keputusan itu pada Januari 2024.

Ayahnya, Encik Mohamed Shahrom Mohd Taha, 45 tahun, berkongsi bahawa anak sulungnya itu menimba ilmu Sains melalui amalan membaca dan menonton video di televisyen dan YouTube.

“Kira-kira umur tiga tahun, Mikail sudah mula bercakap tentang sains seperti alam semesta, haiwan, macam-macam konsep lah. Apa yang dia tengok di TV, dia akan tanya banyak soalan,” jelas Encik Shahrom, bapa empat anak yang juga guru sejarah di Sekolah Menengah Punggol.

Pada usia yang begitu muda, Mikail sudah meminati bidang myrmecology iaitu kajian saintifik mengenai semut, serta bidang lain seperti biokimia dan astrofizik.

Mikail yang memiliki tahap kecerdasan (IQ) kira-kira 130 hingga 140 yang melebihi purata IQ kanak-kanak pada usia sembilan tahun seringkali berasa bosan dengan silibus Sains di sekolahnya. 

Ia menjadi satu kebimbangan bagi ibu bapanya apabila mereka mendapati Mikail kurang melibatkan diri dalam kelas Sains di sekolah.

“Kerana Sains di peringkat sekolah rendah terlalu mudah untuknya, kami fikir adalah idea yang baik untuk mendaftarkan Mikail untuk peperiksaan IGCSE,” kongsi ibu Mikail, Cik Nur Shihana Abdullah Neo, 42 tahun, yang merupakan suri rumah.

Sebelum menuntut di sekolah rendah, Mikail belajar di rumah pada usia kira-kira lima atau enam tahun, selama 15 bulan.

“Ketika dia di prasekolah, kami kerap mendapat panggilan dari pihak sekolah. Menurut gurunya, Mikail mengganggu pelajaran, tidak boleh duduk diam dan dia disuruh berdiri di luar kelas berkali-kali,” tambah Cik Shihana yang dahulu guru Kimia di Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS).

Apabila ditanya tentang perasaan mereka ketika mendapati Mikail mempunyai ADHD, disleksia dan disgrafia pada usia kira-kira sembilan tahun, Encik Shahrom menjelaskan bahawa mereka sudah mengesyakinya kerana pemahaman dan pengalaman bersama kanak-kanak sedemikian sebagai seorang guru.

“Ia tidak mengejutkan saya. Kebimbangan utama kami ialah mencari cara yang berkesan untuk menyokongnya dalam pembelajarannya,” tambah Encik Shahrom yang akui bahawa membesarkan anak berkeperluan khas agak mencabar.

“Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ada kalanya, kedegilan dan keyakinan kuatnya menguji kesabaran kami,” ujar Cik Shihana.


Encik Shahrom dan Cik Shihana kerap menerima maklum balas daripada guru-guru Mikail berkenaan prestasinya di sekolah. Namun, ia berfungsi sebagai alat berharga dalam menangani tingkah laku dan memenuhi keperluan Mikail di sekolah dengan berkesan.


“Kami bekerjasama dengan pihak sekolahnya dalam merangka strategi untuk peningkatannya dan meneroka pendekatan yang berbeza untuk menyokong pembelajarannya,” tambah Encik Shahrom yang turut berkongsi bahawa sekolah Mikail turut menawarkan pertolongan seperti kaunseling dan campur tangan.


Encik Shahrom turut memuji Sekolah Rendah St Hilda yang mempunyai Ketua Mata Pelajaran Keperluan Khas, guru yang menyokong pelajar berkeperluan khas.


Mikail, yang meminati sukan layar, bakal menduduki peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) hujung 2024.

Rancangan selepas PSLE untuknya masih dalam perancangan. Ia termasuk meneroka fokus kepada mata pelajaran Matematik atau mencari sekolah tempatan MOE yang sesuai dengan program pelayaran.


Namun, pilihan sekolah terhad kepada sekolah berprestij yang memerlukannya untuk berjaya dalam semua mata pelajaran termasuk bahasa yang dia mempunyai kesukaran dalam mengarang ayat, ejaan dan menulis akibat disleksia dan disgrafia.


Ibunya menekankan bahawa kekurangan dalam sokongan dan campur tangan menyeluruh untuk kanak-kanak seperti Mikail di Singapura berkemungkinan menjejaskan kebolehan dan potensi mereka.


“Harapan utamanya terletak pada laluan skim Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) dalam bidang sains,” kongsi kededua orang tuanya yang menginginkan Mikail menjadi individu yang yakin dan berkebolehan mengatasi cabaran, cemerlang dalam pelayaran dan menyumbang kembali kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >