Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raikan Ilmu bermula Julai lagi, elak musim peperiksaan

Jun 1, 2024 | 6:00 AM
Timbalan pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Tenaga Manusia) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah semasa sidang media untuk Raikan Ilmu, yang diadakan di Wisma Mendaki, di Kee Sun Avenue, pada 29 Mei.
Timbalan pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Tenaga Manusia) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah semasa sidang media untuk Raikan Ilmu, yang diadakan di Wisma Mendaki, di Kee Sun Avenue, pada 29 Mei. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Lebih ramai pelajar, keluarga dan warga pendidik dapat menyertai kegiatan Raikan Ilmu selepas ia dibawa ke hadapan dari Oktober ke Julai pada 2023, justeru edisi tahun ini akan terus diadakan pada bulan yang sama, kata penganjurnya, Yayasan Mendaki.

Perubahan itu membawa kepada peningkatan ketara sebanyak 16 peratus dalam penyertaan berbanding 2022, apabila ia diadakan pada Oktober - agak serentak dengan musim peperiksaan di peringkat nasional.

Demikian dikongsi oleh Timbalan pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Tenaga Manusia) semasa sidang media yang diadakan di Wisma Mendaki, di Kee Sun Avenue.

Tahun ini, usaha untuk mengadakan kempen selama sebulan pada Julai akan kekal, diadakan dari 29 Jun hingga 28 Julai. 

Encik Zaqy turut berkongsi bahawa dengan usaha mengadakan Raikan Ilmu pada Julai, jumlah peserta meningkat dari 50,000 pada 2022 ke 60,000 pada 2023.

Bersama-sama dengan 40 negara, komuniti dan rakan kongsi korporat, lebih daripada 80 aktiviti dianjurkan untuk tiga hujung minggu dengan tumpuan pada Kreativiti, Inovasi, Penemuan dan Kesejahteraan.

Antara aktiviti yang boleh dijangkakan ialah aktiviti kecerdasan buatan (AI), robotik, kraftangan, serta peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan.

Ia akan diadakan di tiga estet kejiranan – Our Tampines Hub pada 29 dan 30 Jun, Jurong Point pada 20 dan 21 Julai, dan Kampung Admiralty pada 27 dan 28 Julai.

Menurut Encik Zaqy, Raikan Ilmu yang diadakan hanya pada Sabtu pada 2023 akan berlangsung pada kededua Sabtu dan Ahad.

Usaha tersebut adalah untuk “memanfaatkan hujung minggu dengan lebih baik” dalam “memastikan aktiviti kami lebih dekat dengan masyarakat di seluruh Singapura dan semua orang akan mengakses dan menemui aktiviti baru untuk memupuk pembelajaran sepanjang hayat.”

Menurut jurucakap Mendaki, ia diadakan di One Punggol, IMM, Wisma Geylang Serai (WGS) dan Kampung Admiralty pada tahun lalu.

Bagi tahun ini, Mendaki berhasrat untuk menyasarkan kepada masyarakat Melayu di estet kejiranan yang berbeza dan ketiga-tiga estet kejiranan tersebut turut mempunyai “jumlah masyarakat Melayu yang besar”.

Dalam menjayakan kempen tersebut, Mendaki bekerjasama dengan beberapa organisasi termasuk kelab Heal, GG Esports Solutions, Berita Mediacorp, Lifelong Learning Institute dan South West CDC.

Raikan ilmu ialah gerakan utama masyarakat Melayu/Islam yang bertujuan meraikan ilmu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Usaha tahunan itu bermula sebagai Festival Pembelajaran selama sehari pada 2002, dan dijenamakan semula sebagai Raikan Ilmu pada 2016 yang kemudiannya dilangsungkan selama seminggu.

Sejak Oktober 2019, ia mula sebulan pada Oktober 2019.

Acara-acara Raikan Ilmu:

  1. Mendaki Symposium
  2. Sidang Masyarakat Gemilang
  3. Sesi Rangkaian YOUth@M3
  4. #MakingConnections
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg