Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakan askar, teman-teman dan anggota keluarga beri penghormatan terakhir

May 5, 2018 | 2:45 PM
SELAMAT TINGGAL: Keranda yang membawa CFC Lee meninggalkan rumahnya di Jurong East menuju ke Krematorium Mandai.
SELAMAT TINGGAL: Keranda yang membawa CFC Lee meninggalkan rumahnya di Jurong East menuju ke Krematorium Mandai. - Foto THE STRAITS TIMES

ANGGOTA keluarga dan teman-teman Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee, termasuk rakan askarnya, memberi penghormatan terakhir kepadanya sebelum penghormatan pengebumian tentera diadakan hari ini (5 Mei).

Upacara yang diadakan di rumah mendiang di Jurong East itu dihadiri lebih 50 pegawai tentera, termasuk Ketua Pegawai Kawalan, Kolonel Seet Uei Lim.

Sekitar 50 teman dan anggota keluarga remaja berusia 19 tahun itu turut hadir memberi penghormatan terakhir kepadanya, menurut akhbar The Straits Times.

Keranda mendiang meninggalkan rumah keluarganya untuk ke Krematorium Mandai sekitar 1.25 petang.

Mendiang meninggal dunia Isnin lalu, hampir dua minggu selepas dimasukkan ke Hospital Besar Changi (CGH) kerana mengalami strok haba.

Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef), satu Suruhanjaya Siasatan telah dibentuk bagi menyiasat kematian CFC Lee. Siasatan polis juga sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg