Topik diikuti
Pergi ke BHkuRakyat perlu ambil inisiatif rapat jurang dari berharap pada prasarana konkrit
Rakyat perlu ambil inisiatif rapat jurang dari berharap pada prasarana konkrit
Chan Chun Sing: Reka bentuk perumahan yang baik dan perancangan teliti dapat membantu, tapi masyarakat sendiri mesti berinteraksi dan jalin hubungan
Rakyat perlu ambil inisiatif rapat jurang dari berharap pada prasarana konkrit
ENCIK CHAN CHUN SING: Secara ideal, reka bentuk yang baik dapat mencegah sikap buruk sindrom "tidak di belakang rumah saya". - Foto fail -
Feb 27, 2015 | 5:30 AM
JURANG miskin kaya dalam masyarakat tidak boleh diatasi hanya dengan membina lebih banyak flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di tapak tanah mahal (prime land), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Chan Chun Sing.
Meskipun pemerintah mungkin membina flat seperti itu, usaha menyepadukan rakyat memerlukan lebih daripada itu.
