Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat S'pura hilang di Everest

May 21, 2023 | 8:02 PM
Encik Shrinivas Sainis Dattatraya
Encik Shrinivas Sainis Dattatraya - Foto CHANGE.ORG

Pendaki Singapura, Encik Shrinivas Sainis Dattatraya, kali terakhir menghantar mesej teks kepada isterinya pada Jumaat mengatakan beliau telah sampai ke puncak Gunung Everest, tetapi beliau mungkin tidak dapat turun semula. Encik Shrinivas, 39 tahun, yang merupakan pengarah eksekutif di firma hartanah Jones Lang LaSalle, berlepas ke Everest pada 1 April. Beliau sepatutnya pulang ke tanah air pada 4 Jun. Bercakap kepada The Straits Times, isterinya, Cik Sushma Soma, berkata beliau kali terakhir mendengar daripada suaminya pada 3.30 petang Jumaat. Sejak itu tiada kata-kata darinya. Beliau menambah bahawa Encik Shrinivas memberitahunya beliau telah menghidap cerebral edema altitud tinggi (Hace), sejenis penyakit altitud tinggi serius yang boleh membawa maut. Beliau mendapat tahu bahawa pada 2 pagi Sabtu, dua Sherpa yang bersamanya, serta seorang lagi dalam kumpulan itu, berjaya turun dari gunung, tetapi suaminya tidak berjaya melakukannya. Menjawab pertanyaan, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi telah berhubung rapat dengan keluarga Encik Shrinivas, pihak berkuasa tempatan di Nepal dan perkhidmatan perubatan kecemasan sejak petang Jumaat. Dalam kes berasingan, keluarga peserta ekspedisi kurang pendengaran Malaysian Everest 2023 (ME2023), Encik Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun, yang dilaporkan hilang pada Jumaat, telah meminta semua rakyat Malaysia mendoakan agar beliau ditemui dalam keadaan selamat. The Star melaporkan ibunya, Che Tom Hassan, 64 tahun, berkata mereka sekeluarga tidak menerima sebarang berita atau mesej daripada Encik Hawari yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik. "Kami (keluarga) mendapat tahu kehilangan Warie (nama panggilan) menerusi laman sosial dan saya cuba menghubungi pasukannya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya tetapi gagal. "Kali terakhir saya dapat menghubunginya adalah ketika Warie berada di Kem Dua, beliau meminta kami semua berdoa dan membaca Yassin agar beliau dapat mendaki ke puncak Everest dan memberitahu kami jangan risau tentang dia."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg