Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramadan lebih bermakna: PM Lee lahir penghargaan kepada masyarakat Islam

Mar 23, 2023 | 3:27 PM
Ramadan ini adalah yang pertama melihat masyarakat Islam boleh menyambutnya seperti biasa seperti sebelum pandemik termasuk melakukan solat tarawih secara berjemaah di kolong blok dan tanpa tempahan di sebanyak 57 masjid. -
Ramadan ini adalah yang pertama melihat masyarakat Islam boleh menyambutnya seperti biasa seperti sebelum pandemik termasuk melakukan solat tarawih secara berjemaah di kolong blok dan tanpa tempahan di sebanyak 57 masjid. - - FOTO: KHALID BABA

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan penghargaan kepada masyarakat Islam setempat kerana telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan Ramadan yang bermakna pada 2023.

Ramadan ini adalah yang pertama menyaksikan masyarakat Islam boleh menyambutnya seperti biasa seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda Singapura.

Dalam satu catatan di Facebook pada Khamis, Encik Lee menyatakan kegembiraannya kerana beberapa kumpulan kariah berjaya meneruskan rancangan mereka mengadakan solat tarawih di bawah kolong blok setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

"Saya memahami hasrat kumpulan-kumpulan kariah menganjurkan solat tarawih di kolong-kolong flat.

"Saya gembira satu persefahaman telah dicapai dalam perkara ini setelah ia dibincangkan dengan Muis dan mereka telah mengizinkan banyak kumpulan kariah meneruskan rancangan asal mereka.

"Terima kasih kepada kumpulan-kumpulan kariah serta seluruh masyarakat Islam Singapura kerana bekerjasama dengan pihak berkuasa demi menyambut Ramadan kali ini dengan penuh bermakna," kata beliau.

Dalam posnya, beliau juga berkongsi bahawa solat tarawih kini boleh dilakukan semula tanpa tempahan di 57 masjid.

Namun, beliau turut menyatakan bahawa beberapa masjid masih perlu menggunakan sistem tempahan.

"Bagi 10 masjid yang popular tetapi mempunyai ruang terhad, sistem tempahan perlu diadakan supaya mempermudahkan pengurusan jemaah dan saya telah difahamkan masijd-masjid ini telah berusaha untuk mewujudkan lebih banyak ruang solat," kata beliau.

Mengakhiri posnya yang ditulis dalam kededua Bahasa Inggeris dan Melayu itu, beliau menggalakkan masyarakat bukan Islam untuk sertai rakan-rakan Islam mereka untuk berbuka puasa bersama-sama jika boleh.

"Dengan tiadanya sekatan Covid-19, ramai juga boleh berkunjung ke bazar-bazar Ramadan, dan menikmati kemeriahannya," kata beliau sambil mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg