Premium
Ramai ghairah sumbang idea, harapan
Apr 10, 2017 | 5:30 AM
MEMORIAL PENGASAS: Salah seorang anggota Jawatankuasa Memorial Pengasas, Cik Haslinda Zamani (kanan) dan wartawan Berita Harian, Cik Shahida Sarhid, (dua dari kanan), memperkenalkan pengunjung ke pameran mengenai memorial itu di Taman Di Pesisiran semalam. - Foto ZAINAL YAHYA -
BAIK yang tua mahupun yang muda dan tanpa mengira latar belakang, mereka tetap datang beramai-ramai untuk menyumbang idea dan harapan mereka bagi Memorial Pengasas yang bakal dibina di Singapura.
Kumpulan anggota masyarakat Melayu itu ialah antara mereka yang menyertai lawatan berpandu ke pameran 'Memperingati Para Pengasas Kita: Penubuhan Sebuah Memorial' di Taman Di Pesisiran semalam.

