Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramai individu bekerja sendiri mohon bantuan, laman pendaftaran tersekat

Apr 27, 2020 | 7:08 PM
ALAMI GANGGUAN: Laman tersebut tidak boleh diakses selama tujuh jam. FOTO: DIAMBIL DARI NTUC.COM.SG
ALAMI GANGGUAN: Laman tersebut tidak boleh diakses selama tujuh jam. FOTO: DIAMBIL DARI NTUC.COM.SG -

LAMAN pendaftaran bagi individu bekerja sendiri (SEP) memohon bantuan pembayaran dari pemerintah telah mengalami gangguan ekoran bilangan pendaftaran yang tinggi.

Sehingga 4.20 petang Isnin (27 April), laman tersebut tidak boleh diakses selama tujuh jam, lapor The Straits Times (ST).

Dalam satu kenyataan Facebook oleh Unit Pekerja Bebas dan Individu Bekerja Sendiri, NTUC U FSE, berkata ia sedang mengalami "aliran trafik yang tinggi kerana ramai yang mendaftar."

Unit tersebut menggalakkan pengguna supaya mencuba lagi untuk menikmati "pengalaman pengguna yang lebih baik."

Dalam satu kenyataan awal sekitar 9.50 pagi, ia juga memberitahu pengguna bahawa NTUC U FSE telah menerima maklum balas mengenai masalah yang dihadapi mereka sewaktu proses pendaftaran sambil menambah kumpulan teknikalnya sedang mencari huraian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg