Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramai ke kedai pajak, bukan untuk gadai tetapi tebus barang kemas

May 21, 2020 | 11:00 AM
TREND POSITIF: Kedai Pajak Gadai Heng Seng di Toa Payoh Central menyaksikan sekitar 100 pelanggan sehari sekarang. Didapati lebih ramai orang lebih senang menebus daripada memajak barang kemas mereka.
TREND POSITIF: Kedai Pajak Gadai Heng Seng di Toa Payoh Central menyaksikan sekitar 100 pelanggan sehari sekarang. Didapati lebih ramai orang lebih senang menebus daripada memajak barang kemas mereka. - - Foto BH oleh DAVID SUN

LEBIH ramai orang ke kedai pajak gadai dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan ini - bukan untuk menggadai - tetapi untuk menebus barang kemas mereka.

Trend ini membuat pemilik kedai pajak bingung, yang kedainya tetap dibuka - sebagai saluran untuk mereka yang berdepan dengan masalah kewangan.

Presiden Persatuan Pajak Gadai Singapura, Encik Ivan Ho, memberitahu akhbar The New Paper bahawa walaupun jumlah orang yang mengunjungi kedai pajak lebih rendah, tetapi daripada pemerhatian mereka mendapati jumlah yang menebus barangan mereka adalah 10 hingga 15 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang menggadai barang berharga mereka.

Encik Ho, yang mengendalikan Kedai Pajak Gadai Heng Seng di Toa Payoh Central, berkata, lebih separuh daripada 100 pelanggan hariannya adalah warga Singapura yang menebus barang yang digadaikan.

Beliau mengesyaki penutupan kedai judi telah menyumbang kepada peningkatan itu.

"Ini mungkin kerana Singapore Pools telah ditutup, dan mereka mendapati diri mereka mempunyai wang tambahan dengan tidak meletakkan taruhan seperti selalunya," katanya. - The New Paper

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg