Ramai pemandu teksi, kereta privet masih gelut sara hidup
Premium
Ramai pemandu teksi, kereta privet masih gelut sara hidup
Mujur ada bantuan redakan beban
Jun 13, 2020 | 5:30 AM
PAYAH DAPAT PENUMPANG: Cik Kalsum Samadi (kiri) dan Cik Sa'adiah Rafil mendapati sukar mendapatkan penumpang dalam keadaan pandemik Covid-19 hari ini. - Foto BH oleh JOEL CHAN -
BERAKHIRNYA tempoh pemutus litar bukanlah bermakna berakhirnya keperitan yang dihadapi para pemandu teksi yang sehingga kini sukar mendapatkan penumpang.
Meskipun Singapura memasuki fasa pertama pembukaan semula ekonomi pada 2 Jun - di mana lebih banyak perniagaan dibenar beroperasi semula dan lebih ramai pekerja berulang-alik ke pejabat - pemandu teksi yang dihubungi berkata keadaan "sama sahaja, tak ada perubahan".

