Topic followed successfully
Go to BHkuRamai pilih belanja di pasar kejiranan
Premium
Ramai pilih belanja di pasar kejiranan
Demi elak kesesakan, dapat patuhi jarak selamat dan lebih mudah
Apr 20, 2020 | 5:30 AM
Ramai pilih belanja di pasar kejiranan
AMALKAN JARAK SELAMAT: Beberapa pelanggan lebih suka berbelanja dan membeli bekalan makanan di pasar kejiranan seperti yang dirakam di kedai daging Shakira di pasar Tampines Street 32 ini kerana ia bukan sahaja lebih selesa malah merupakan satu sikap bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan semua pihak. - Foto BH oleh NATASHA MUSTAFA -
SEDANG ramai yang bertali arus mengunjungi Pasar Geylang Serai kelmarin, kini sebahagian orang memilih berbelanja di pasar kejiranan berdekatan rumah mereka.
Bukan sahaja lebih mudah untuk mengamalkan jarak sosial yang selamat malah mengelak daripada bersesak-sesak dan berkumpul di tempat yang ramai orang.

