Topik diikuti
Pergi ke BHkuRamai terkandas dek gangguan di 3 laluan MRT
Kejadian di NSEWL, CCL pada waktu sibuk petang semalam
Ramai terkandas dek gangguan di 3 laluan MRT
GANGGUAN bekalan kuasa di Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat (NSEWL) dan Laluan Circle (CCL) semasa waktu sibuk petang semalam mengakibatkan ramai penumpang MRT terkandas.
Pengendali SMRT Corporation dalam dua pos Twitter berkata pada sekitar 7.15 malam bahawa penumpang boleh menjangka tambahan 25 minit bagi waktu perjalanan mereka jika mereka berada antara Queenstown dengan Gul Circle serta antara Woodlands dengan Jurong East.
