Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramalan dagang ditingkat selepas prestasi eksport Q2 lebih baik

Aug 12, 2022 | 5:30 AM
RAKAN NIAGA: Zara Zya mengakui beliau setakat berkawan dengan Shuib, apatah lagi kini mereka menjalankan perniagaan francais sama, Bubblebee. - Foto SHUIB SEPAHTU INSTAGRAM
RAKAN NIAGA: Zara Zya mengakui beliau setakat berkawan dengan Shuib, apatah lagi kini mereka menjalankan perniagaan francais sama, Bubblebee. - Foto SHUIB SEPAHTU INSTAGRAM -

SINGAPURA telah meningkatkan ramalan perdagangan sepenuh tahun selepas negara ini mencatatkan prestasi eksport lebih baik daripada yang dijangkakan dalam suku kedua (Q2) tahun ini disebabkan harga minyak dan permintaan elektronik lebih tinggi.

Perdagangan barangan keseluruhan dijangka tumbuh 15 peratus hingga 16 peratus tahun ini, naik daripada ramalan 8 peratus hingga 10 peratus sebelum ini.

Sementara itu, eksport domestik bukan minyak (Nodx) dijangka tumbuh 5 peratus hingga 6 peratus, naik daripada ramalan 3 peratus hingga 5 peratus sebelum ini, kata Enterprise Singapore (EnterpriseSG) semalam.

"Harga minyak lebih tinggi dan permintaan semikonduktor sejagat yang kukuh kemungkinan berterusan pada 2022.

"Ini akan menyokong pertumbuhan dalam perdagangan minyak dari segi nominal dan Nodx, dan seterusnya, perdagangan keseluruhan," kata EnterpriseSG.

Beberapa pembuat cip sejagat dan penganalisis telah memberi amaran tentang kelembapan mendadak dalam permintaan cip sedang sekatan Covid-19 berakhir dan bajet isi rumah terjejas oleh inflasi.

Bagi suku kedua tahun ini, Nodx meningkat 9.1 peratus dari setahun lalu, merosot daripada pertumbuhan 11.4 peratus pada suku pertama.

Pertumbuhan itu sebahagian besarnya disebabkan peningkatan dalam penghantaran produk bukan elektronik, yang naik 8.9 peratus pada suku kedua.

Eksport bagi produk elektronik juga tumbuh, naik 9.7 peratus pada suku kedua - pertumbuhan bulan kesembilan berturut-turut - berikutan peningkatan 12.3 peratus pada suku sebelumnya.

Nodx ke 10 pasaran teratas Singapura secara keseluruhannya tumbuh pada suku kedua, meskipun eksport ke Hong Kong, Korea Selatan, China dan negara-negara Kesatuan Eropah merosot.

Penyumbang terbesar kepada pertumbuhan Nodx ialah Malaysia, Taiwan dan Indonesia.

Eksport domestik minyak juga meningkat dari segi nominal, yang tumbuh 73 peratus pada suku kedua dari setahun lalu.

Namun, dari segi jumlah sebenar, eksport domestik minyak jatuh 8.2 peratus pada suku kedua.

Perdagangan barangan keseluruhan tumbuh 28.1 peratus dari setahun lalu pada suku kedua, melanjutkan pertumbuhan 20.8 peratus pada suku pertama.

Perdagangan perkhidmatan keseluruhan juga tumbuh, meningkat 12.9 peratus pada suku kedua untuk mencapai $168 bilion bagi suku tersebut, disokong pertumbuhan dalam kedua-dua eksport dan import.

Eksport perkhidmatan naik 13.2 peratus dari setahun lalu, terutamanya disebabkan kenaikan dalam pengangkutan dan perkhidmatan perniagaan lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg