Premium
Rancang, pertingkat kerjaya dengan kaji bidang tugas
Nov 23, 2017 | 5:30 AM

MILIKI REKOD KERJA CEMERLANG: Encik Nur Hafiz Mohamed Ramlan sudah dua kali dinaikkan pangkat dan memenangi beberapa anugerah pencapaian cemerlang di DBS Bank/POSB hasil kegigihannya membantu pelanggan merancang harta dan pelaburan mereka. - Foto BH oleh ZAINAL YAHYA -
Mempersiapkan diri bagi kerjaya idaman dilakukan dua pelajar cemerlang ini jauh sebelum mereka tamat pengajian. Dengan mengkaji pasaran buruh serta menghadiri bengkel memohon kerja dan menjawab soalan temu duga di kampus SIM Global Education, mereka meraih pekerjaan sebelum majlis konvokesyen, malah lebih awal daripada sebilangan teman sekursus. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan kisah 'pelayaran kerjaya' kededuanya yang juga penggiat aktif sukan luncur angin.
MINAT Encik Nur Hafiz Mohamed Ramlan dalam kerjaya perbankan tercetus sejak beliau masih mahasiswa pengurusan di SIM Global Education-Universiti Birmingham.

