Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangka kerja bakal tangani risiko wang hilang dek penipuan pancingan data

Jul 5, 2023 | 6:28 AM
SKIM PENIPUAN: Sejak Januari, polis menerima lebih 700 laporan berkaitan mangsa yang memuat turun perisian hasad ke telefon mereka, dengan lebih $8 juta hilang dek pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun bank mangsa.
SKIM PENIPUAN: Sejak Januari, polis menerima lebih 700 laporan berkaitan mangsa yang memuat turun perisian hasad ke telefon mereka, dengan lebih $8 juta hilang dek pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun bank mangsa. - Foto fail

Pemerintah sedang bekerjasama dengan institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk memperkukuh peranan dan kebertanggungjawapan pelbagai pihak dalam mengurangkan risiko skim penipuan pancingan data.

Ini akan dilakukan di bawah Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) yang akan menubuhkan mekanisme sewajarnya bagi mengongsi kerugian dalam kalangan pelbagai pihak apabila penipuan berlaku dan kewajipan tidak dipatuhi.

Seorang jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pada Selasa pendekatan ini adalah berbeza dan berasingan daripada insurans penipuan, apabila pihak ketiga menyediakan pampasan yang dijamin terhadap pihak yang dilindungi insurans apabila pihak itu mengalami kerugian daripada penipuan.

“Bagi kes penipuan melibatkan wang CPF, wang CPF itu dibayar kepada akaun bank pencarum CPF yang sah.

“Polis akan berusaha sedaya upaya untuk menyiasat mereka yang bertanggungjawab bagi insiden perisian hasad dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

“Tiada niat bagi Lembaga CPF untuk mempertimbangkan skim insurans untuk melindungi pencarum terhadap kerugian akibat penipuan,” kata jurucakap MOM.

Jurucakap itu berkata demikian untuk menjawab soalan media mengenai jawapan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di Parlimen pada Selasa mengenai penipuan perisian hasad atau malware melibatkan wang CPF.

Menyusuli soalan beberapa Anggota Parlimen mengenai kes penipuan melibatkan pencarum yang kerugian simpanan CPF berjumlah sekitar $124,000, Dr Tan berkata pemerintah sedang bekerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan industri mengenai perlindungan wang CPF.

Antara lain, Dr Jamus Lim (GRC Sengkang) telah bertanya apakah pemerintah mempertimbangkan langkah melibatkan insurans.

Menjawab soalan itu, Dr Tan menarik perhatian terhadap Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama yang melibatkan institusi kewangan, syarikat telekomunikasi dan entiti lain.

Sejak Januari, polis menerima lebih 700 laporan berkaitan mangsa yang memuat turun perisian hasad, atau malware, ke telefon mereka, dengan lebih $8 juta hilang dek pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun bank mangsa.

Sebanyak sembilan kes melibatkan pengeluaran tanpa kebenaran wang CPF, dengan kerugian mencecah $124,000. Mangsanya berumur antara 55 hingga 80 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg