Topik diikuti
Pergi ke BHkuRangka kerja ekonomi Indo-Pasifik adalah kerjasama ekonomi positif: PM Lee
Rangka kerja ekonomi Indo-Pasifik adalah kerjasama ekonomi positif: PM Lee
Rangka kerja ekonomi Indo-Pasifik adalah kerjasama ekonomi positif: PM Lee
SINGAPURA menyambut baik pelancaran Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF), yang merupakan kerjasama ekonomi penting yang memandang ke hadapan.
Ia juga mencerminkan usaha Amerika Syarikat untuk berinteraksi dengan rakan-rakan di Asia, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Pada Isnin (23 Mei), beliau menyertai pelancaran IPEF secara alam maya.
Presiden Amerika, Encik Joe Biden melancarkan inisiatif perdagangan baru itu di Tokyo, dengan 13 negara menganggotainya termasuk Singapura, India dan Jepun.
"Kebanyakan bidang diusulkan - ekonomi digital dan ekonomi, penyelarasan dagangan, prasarana, keutuhan rantaian bekalan dan pembangunan keupayaan amat sesuai dengan rantau ini.
"Kami menyambut baik kerjasama mendalam dengan Amerika dan rakan-rakan lain,'' kata Encik Lee, dalam catatannya di Facebook.
Encik Biden telah merasmikan (IPEF), pada hari kedua beliau berada di Jepun di mana beliau mengadakan beberapa perbincangan bersama Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida.
"Rangka Kerja ini adalah komitmen untuk bekerjasama dengan teman dan rakan rapat kami di rantau ini berkenaan cabaran yang amat penting dalam menjamin daya saing ekonomi dalam abad ke-21 ini," kata Encik Biden.
Tidak seperti pakatan perdagangan tradisional, tiada rancangan bagi anggota IPEF membuat rundingan terhadap tarif atau cukai terhadap eksport atau import bagi memudahkan akses bagi menembusi pasaran negara luar.
Senarai pertama anggota pakatan itu selain Amerika Syarikat adalah Australia, Brunei, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.
