Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangkaian 4G mesti liputi tidak kurang 95% kawasan luar mulai Julai

Jun 1, 2016 | 11:16 AM
Penumpang menggunakan telefon bimbit di dalam kereta api MRT. Sesebuah rangkaian dianggap telah "meliputi" sesebuah kawasan jika telefon menunjukkan kekuatan isyarat sekurang-kurangnya satu ketak - cukup untuk membuat panggilan telefon dan menghantar mesej teks - di kawasan itu.
Penumpang menggunakan telefon bimbit di dalam kereta api MRT. Sesebuah rangkaian dianggap telah "meliputi" sesebuah kawasan jika telefon menunjukkan kekuatan isyarat sekurang-kurangnya satu ketak - cukup untuk membuat panggilan telefon dan menghantar mesej teks - di kawasan itu. - GAMBAR FAIL ST

MULAI Julai, rangkaian 4G syarikat telekomunikasi mesti meliputi sekurang-kurangnya 95 peratus semua kawasan luar. Syarat ini akan diperketat kepada 99 peratus mulai Julai 2017.

Sesebuah rangkaian dianggap telah "meliputi" sesebuah kawasan jika telefon menunjukkan kekuatan isyarat sekurang-kurangnya satu ketak - cukup untuk membuat panggilan telefon dan menghantar mesej teks.

Rangkaian 4G syarikat telekomunikasi juga mesti meliputi 85 peratus kawasan lobi di dalam bangunan, tetapi syarat ini akan diperketat kepada 85 peratus daripada semua tingkat, termasuk basemen satu, mulai Januari 2019.

Liputan di dalam terowong mesti sekurang-kurangnya 99 peratus mulai Julai 2018.

"Sebagai sebuah negara yang tidak mempunyai sumber asli, kami telah berkembang pesat dengan menjadi kekal relevan dan sentiasa mencipta semula diri kami untuk memanfaatkan gelombang baru transformasi dan peluang," kata Encik Gabriel Lim, bakal ketua eksekutif Penguasa Pembangunan Media Infokom yang baru dibentuk.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pembukaan di acara perdagangan komunikasi terbesar di rantau ini, CommunicAsia, di Marina Bay Sands pada Rabu (1 Jun).

Bakala syarikat telekomunikasi keempat Singapura juga perlu memenuhi taraf perkhidmatan 4G itu mulai Oktober 2018.

Taraf perkhidmatan 4G mengambil rujukan daripada perkhidmatan 3G, yang diperketat pada April 2013.

Sejak itu, rangkaian syarikat telekomunikasi perlu meliputi sekurang-kurangnya 99 peratus kawasan luar dan 85 peratus daripada semua tingkat, termasuk besmen satu, dalam bangunan.

Pengendali tidak mematuhi pelbagai taraf 3G dan 4G boleh didenda hingga $50,000 setiap bulan bagi setiap pelanggaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg