Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rangkaian badan Melayu/Islam wadah berkesan kurangi kebentanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian badan Melayu/Islam wadah berkesan kurangi kebentanan

Kadar kebentanan bekas pesalah Melayu kekal rendah, stabil sejak beberapa tahun ini: Shanmugam
Jan 25, 2024 | 07:55 PM



Rangkaian Pemulihan Badan Melayu/Islam (MMO) menjadi wadah berkesan bagi menyediakan sokongan lebih mendalam dan menyeluruh kepada pesalah, bekas pesalah Melayu/Islam, serta keluarga mereka dalam perjalanan pemulihan dan penyepaduan semula ke pangkuan masyarakat.

Ini dapat dilakukan dengan memanfaatkan kerjasama yang erat dan kekuatan, kepakaran setiap MMO yang terlibat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam (gambar sisipan).


Dalam ucapan pada Persidangan Rangkaian Pemulihan MMO 2024 yang julung kali diadakan pada 25 Januari, Encik Shanmugam berkongsi bahawa melalui kesepakatan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), agensi pemerintah lain dan rakan kongsi masyarakat, ia telah membuahkan hasil yang baik.

Beliau menarik perhatian terhadap kadar kebentanan dua tahun bagi bekas pesalah Melayu, yang kekal rendah dan stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai salah satu hasil contoh daripada usaha kerjasama tersebut.

Encik Shamugam berkata “peningkatan besar” telah dibuat yang menyaksikan sekitar 24.7 peratus, atau hanya satu daripada empat bilangan pesalah Melayu yang ditangkap semula dua tahun selepas dibebaskan bagi kumpulan yang dibebaskan pada 2020. Ini berbanding 34.1 peratus untuk kohort yang dibebaskan pada 2010.

Beliau juga berasa gembira dengan bilangan penagih dadah Melayu baru yang ditahan yang telah merosot sehingga separuh daripada hampir 600 pada 2011 kepada 300 pada 2022.

“Pemerintah dan MHA sahaja tidak boleh melakukan semua ini – kita boleh melakukan beberapa perkara namun dengan ada batasannya. Saya ingin mengiktiraf sumbangan besar Rangkaian Pemulihan MMO – jika tidak, kami tidak mungkin berada di sini hari ini – yang memberi sokongan lebih berkesan dan lebih menyeluruh untuk banduan Melayu/Islam, bekas pesalah, keluarga mereka, dalam perjalanan pemulihan dan penyepaduan mereka”.

Persidangan itu, yang dihadiri lebih 250 hadirin daripada lebih 50 pertubuhan, termasuk MMO dan rakan kongsi masyarakat seperti Persatuan Penjagaan Lanjut Singapura (Saca), Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) dan Lions Befrienders, dianjurkan bersama oleh MHA dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Ia diadakan bagi menggalak kerjasama yang lebih mendalam dan berkesan antara MMO di sini, dengan matlamat menangani dengan lebih baik keperluan banduan Melayu/Islam, bekas pesalah, dan keluarga mereka, serta mengetengahkan lagi program dan perkhidmatan mereka. 

Ketika memberi ucapan penutup persidangan itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga menerajui rangkaian itu berkata: 

“Saya bersyukur kerana ramai daripada anda telah melangkah ke hadapan hari ini untuk berkongsi pengetahuan anda dalam bidang kerja ini.

“Sama ada melalui pembentangan atau perkongsian program dan perkhidmatan anda di reruai pameran - anda telah membantu membina pengetahuan dan kebijaksanaan kolektif rangkaian ini. Saya percaya ini akan memberi manfaat yang besar kepada bekas pesalah, pesalah dan keluarga mereka.

“Saya berharap persidangan hari ini telah memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan perjalanan bersama kami, dan ia telah mencetuskan idea baru dan mencipta peluang untuk anda berkumpul dan bekerjasama.”

Program Rangkaian Pemulihan MMO merangkumi program seperti Dadah Itu Haram yang bertujuan mengekang penularan dadah di peringkat lebih awal dan (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga) Fitrah, yang memberikan sokongan kepada pesalah dan keluarga mereka semasa mereka ditahan dan selepas mereka dibebaskan.

Buat masa ini, Rangkaian Pemulihan MMO dibentuk 26 anggota dan 11 bandar M KuasaTiga (M³) M³@Towns, sementara Fitrah, yang dikendalikan bersama oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah membantu lebih 300 keluarga dan disokong semua 71 masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >