Rangkaian baru hubungkan badan agama jika berlaku serangan pengganas
Premium
Rangkaian baru hubungkan badan agama jika berlaku serangan pengganas
Mar 10, 2017 | 5:30 AM
BINA RANGKAIAN ANTARA AGAMA: Pemimpin agama dan masyarakat boleh memainkan peranan penting menyampaikan mesej bertenang dan perpaduan kepada pengikut mereka dalam detik-detik selepas serangan pengganas, kata Cik Grace Fu. - Foto fail -
SEBUAH Rangkaian Masyarakat SGSecure yang baru akan ditubuhkan tahun ini untuk menghubungkan semua pertubuhan agama di Singapura dan membantu rumah ibadah bersiap sedia sekiranya berlaku serangan pengganas.
Ia antara pelbagai usaha akan datang bagi memupuk daya tahan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat Singapura, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, di Parlimen, semalam.

