Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rantaian tanglung bentuk naga pertengahan musim luruh, terpanjang dilukis tangan

Oct 1, 2023 | 12:01 PM
SAMBUT PERTENGAHAN MUSIM LURUH: Rantaian tanglung dilukis tangan itu dinyalakan secara rasmi di Vista Park sebagai sebahagian perayaan.
SAMBUT PERTENGAHAN MUSIM LURUH: Rantaian tanglung dilukis tangan itu dinyalakan secara rasmi di Vista Park sebagai sebahagian perayaan. - Foto PAssionArts Persatuan Rakyat

Sebanyak 1,888 tanglung dilukis tangan dan disusun menjadi naga sepanjang 500 meter sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, lantas mencatatakan rekod baru dalam Buku Rekod Singapura bagi rantaian tanglung terpanjang yang dilukis tangan.

Festival PAssionArts Pertengahan Musim Luruh Admiralty yang diadakan di Vista Park pada Sabtu itu telah menarik penglibatan lebih seribu penduduk.

Rantaian tanglung dilukis tangan itu dinyalakan secara rasmi di Vista Park sebagai sebahagian perayaan.

Rakan masyarakat yang menyumbang tanglung tersebut termasuk sekolah, kumpulan keagamaan serta khidmat sosial.

Penduduk juga dapat menikmati pelbagai acara termasuk gerai permainan dan kegiatan seni serta kraf seperti pembuatan tanglung dan seni nagomi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg