Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prasekolah bangunkan sumber digital untuk keluarga akses di rumah dalam tempoh pemutus litar

Apr 19, 2020 | 1:44 PM
Sumber-sumber itu dikumpulkan oleh NTUC First Campus dengan kerjasama Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA), pengandali utama dan Tadika Kementerian Pendidikan (MOE).
Sumber-sumber itu dikumpulkan oleh NTUC First Campus dengan kerjasama Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA), pengandali utama dan Tadika Kementerian Pendidikan (MOE). - Foto Fail

PRASEKOLAH di seluruh Singapura sedang membangunkan dan mengongsi sumber pembelajaran di rumah untuk kanak-kanak supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran pembentukan mereka di rumah semasa tempoh pemutus litar. Dalam catatan Facebook pada Ahad (19 April), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, mengongsi beberapa sumber digital yang ditawarkan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dengan anak-anak di prasekolah. Encik Lee mengucapkan terima kasih kepada guru dan sukarelawan prasekolah yang membangunkan sumber itu dan mengalu-alukan kerjasama yang berlangsung merentas sektor pembangunan awal kanak-kanak sebagai tindak balas terhadap wabak Covid-19. Sumber-sumber itu dikumpulkan oleh NTUC First Campus dengan kerjasama Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA), pengandali utama dan Tadika Kementerian Pendidikan (MOE). Ibu bapa boleh lungsuri laman ECDA untuk mendapatkan sumber dari MOE dan lima pengendali prasekolah, termasuk My World Preschool dan Sparkletots Yayasan Masyarakat PAP, untuk mendapatkan bahan-bahan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg