Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raya bersama selepas dua tahun tak bersua akibat sekatan sempadan

May 5, 2022 | 5:30 AM
RAYA PENUH BERMAKNA: Cik Nurliyana (dua dari kanan) bersama ibu bapanya, Cik Rosni Md Amin dan Encik Ali Mohamad, di samping adik-beradiknya Muhammad Tajuddin (kiri) dan Ahmad Hakim bertemu semula setelah dua tahun berpisah akibat sekatan sempadan. - Foto ihsan SITI NURLIYANA ALI
RAYA PENUH BERMAKNA: Cik Nurliyana (dua dari kanan) bersama ibu bapanya, Cik Rosni Md Amin dan Encik Ali Mohamad, di samping adik-beradiknya Muhammad Tajuddin (kiri) dan Ahmad Hakim bertemu semula setelah dua tahun berpisah akibat sekatan sempadan. - Foto ihsan SITI NURLIYANA ALI -

SETIAP kali kalau beraya di Singapura, Cik Siti Nurliyana Ali dan sepupunya akan rancang bertemu dan jalan Raya bersama.

Namun, sepanjang dua tahun lalu, warga Singapura yang berumah tangga dengan seorang warga Malaysia asal Kelantan itu 'terperangkap' dan tidak dapat balik beraya di tanah air akibat sekatan perjalanan pandemik Covid-19.

Dengan sekatan sempadan serta langkah-langkah pengurusan selamat di Singapura dilonggarkan, anak sulung keluarga tiga beradik itu akhirnya dapat merasakan pengalaman Raya seperti tahun-tahun sebelum pandemik.

Ibu enam anak berusia 38 tahun itu bersyukur dan teruja apabila berpeluang pulang dan bersua semula dengan ibu bapanya, adik-beradik serta dan saudara-maranya sempena Lebaran kali ini.

Menurut anak sulung itu, kali terakhir beliau dan keluarganya dapat beraya bersama keluarga besarnya di Singapura adalah sebelum beliau melahirkan anak bongsunya yang kini berusia dua tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg