Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raya lebih ceria bagi 2,650 keluarga dengan agihan bahan makanan

Apr 16, 2023 | 6:33 PM
PENDEKATAN BAIK: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kanan) mengagihkan pek Raya kepada penduduk Nee Soon GRC yang lebih memerlukan menjelang Syawal ini di di Kelab Masyarakat Nee Soon Central pada Ahad. Bersama dalam gambar adalah kakitangan Jamiyah; (dari kiri) Pemangku Pengarah, Jabatan Jangkauan dan Pembangunan Masyarakat, Encik Vijendran Jaganathan; pengarah komunikasi strategik, Encik Suhaimi Yusof; naib presiden 3 Jamiyah, Encik Siraj Salman dan Setiausaha Agung & Pengarah, Perkhidmatan Bersama, Encik Muhd Khair Baharin. - Foto JAMIYAH
PENDEKATAN BAIK: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kanan) mengagihkan pek Raya kepada penduduk Nee Soon GRC yang lebih memerlukan menjelang Syawal ini di di Kelab Masyarakat Nee Soon Central pada Ahad. Bersama dalam gambar adalah kakitangan Jamiyah; (dari kiri) Pemangku Pengarah, Jabatan Jangkauan dan Pembangunan Masyarakat, Encik Vijendran Jaganathan; pengarah komunikasi strategik, Encik Suhaimi Yusof; naib presiden 3 Jamiyah, Encik Siraj Salman dan Setiausaha Agung & Pengarah, Perkhidmatan Bersama, Encik Muhd Khair Baharin. - Foto JAMIYAH -

SERAMAI 2,650 menerima sumbangan daging mentah dan bahan makanan lain untuk disajikan sebagai hidangan Hari Raya menjelang Syawal ini. Jumlah ini adalah peningkatan ketara berbanding 2,000 pek yang diagihkan pada 2021 dan 2022. Sumbangan pek makanan tahunan 'Meat-for-Eid' ini diagihkan oleh Jamiyah serta kerjasama mereka dengan pelbagai pertubuhan akar umbi (GRO) dalam membantu menyebarkan semangat perayaan bagi mereka yang lebih memerlukan pada dua hujung minggu bermula 8 April dan berakhir 16 April. Setiap pek Hari Raya mengandungi satu kilogram beras basmati, dua kilogram daging kambing atau lembu, dua ekor ayam, pes rendang, ketupat (lontong tradisional Melayu), kurma dan serondeng. Daripada 2,650 keluarga ini, 800 adalah benefisiari Jamiyah, manakala baki 1,850 keluarga adalah benefisiari daripada 15 kawasan undi di serata Singapura. Pengagihan tersebut diadakan di 10 GRC dan 2 SMC iaitu GRC East Coast, GRC Jurong, GRC Sembawang, GRC Choa Chu Kang, GRC Jalan Besar, GRC Tampines, GRC West Coast, GRC Marsiling-Yew Tee, GRC Marine Parade,GRC Nee Soon, SMC Radin Mas dan SMC Bukit Batok. Mengagihkan sebanyak 110 pek Hari Raya di GRC Nee Soon ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg