Premium
Raya pun boleh stres...
Jul 2, 2017 | 5:30 AM
TANGANI TEKANAN DEK RAYA: Encik Mah (kanan) menasihatkan orang ramai yang rasa terlalu tertekan dek persiapan Raya agar mendapatkan bantuan profesional awal kerana jika tidak ia boleh berlarutan dan menyebabkan pelbagai isu lain. - Foto ERVINA MOHD JAMIL -
SEDANG Aidilfitri disambut dengan gembira oleh masyarakat Islam, ia juga boleh membuat sesetengah individu rasa tertekan.
Pakar psikologi klinikal di Poliklinik National Healthcare Group, Encik Mah Siew Chung, berkata ini boleh disebabkan pelbagai cabaran yang dihadapi individu tersebut dalam menghadapi komitmen sosial, jangkaan yang tidak dapat dipenuhi, tekanan kewangan dan sebagainya sebelum, semasa atau selepas musim perayaan itu.

