Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rayuan 63 atlit Singapura diluluskan; Singapura akan diwakili dalam 48 sukan

Aug 29, 2019 | 7:53 AM
Foto yang diambil pada 19 Julai 2019, menunjukkan stadium atlit untuk Sukan SEA tahun ini di New Clark City, Filipina. PHOTO: AFP
Foto yang diambil pada 19 Julai 2019, menunjukkan stadium atlit untuk Sukan SEA tahun ini di New Clark City, Filipina. PHOTO: AFP -

MAJLIS Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada hari Selasa (27 Ogos) telah meluluskan rayuan 63 atlit untuk mewakili Singapura di Sukan SEA pada 30 November hingga 11 Disember di Filipina,

Dipimpin oleh Encik Ng Ser Miang, ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Singapura Sukan, Jawatankuasa Rayuan Sukan SNOC meluluskan rayuan bagi pasukan polo air wanita, pasukan olahraga wanita dan campuran 4x100m, pasukan besbol lelaki, serta empat peninju, termasuk pingat perak pada tahun 2015 untuk kategori flyweight lelaki, Mohamed Hanurdeen Hamid, antara lain.

Keseluruhannya, 647 atlit akan mewakili Singapura di Sukan SEA dalam 48 sukan, daripada 56 yang ditawarkan di Filipina.

Singapura tidak akan bersaing dalam pertandingan karate, kickboxing, sukan halangan (obstacle), mendayung dan angkat berat pada pertandingan dwitahunan ini.

Singapura mencapai prestasi terbaik di Sukan Olimpik di edisi 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia, dan telah berjaya mencapai 58 emas, 59 perak dan 71 gangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg