Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rayuan Pritam: Hakim beri keputusan pada 4 Dis

Nov 28, 2025 | 8:29 PM
Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh (tengah), kembali ke Mahkamah Tinggi ditemani peguamnya, Encik Andre Jumabhoy (kanan) dan Encik Aristotle Emmanuel Eng Zhen Yang (kedua dari kanan) pada 4 November.
Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh (tengah), kembali ke Mahkamah Tinggi ditemani peguamnya, Encik Andre Jumabhoy (kanan) dan Encik Aristotle Emmanuel Eng Zhen Yang (kedua dari kanan) pada 4 November. - Foto Fail

Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, akan mengetahui pada 4 Disember sama ada rayuannya terhadap sabitan bagi dua pertuduhan menipu Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) berjaya atau tidak.

Pada perbicaraan rayuan pada 4 November, peguam Encik Pritam berkata hakim telah “mengabaikan bukti penting” sebelum memutuskan bahawa beliau berbohong kepada jawatankuasa Parlimen.

Encik Pritam disabitkan pada 17 Februari dan didenda $14,000 kerana menipu COP mengenai peranannya dalam menasihati bekas Anggota Parlimen (AP), Cik Raeesah Khan untuk menyembunyikan perkara tidak benar di Parlimen, lapor The Straits Times (ST).

Timbalan Hakim Daerah Luke Tan, memutuskan bahawa Encik Pritam sengaja berbohong kepada COP tentang bagaimana beliau menangani isu itu, dengan bukti menunjukkan bahawa beliau “tidak mahu Cik Raeesah menjelaskan kebohongan itu” dan mempunyai “penglibatan langsung” dalam mendorongnya untuk terus berbohong.

Rayuan Encik Pritam didengar di Mahkamah Tinggi, dengan Hakim Steven Chong mempengerusikan perbicaraan.

Semasa perbicaraan rayuan, peguam pembela, Encik Andre Jumabhoy, mempersoalkan kredibiliti Cik Raeesah, berhujah bahawa beliau telah memberikan versi yang berbeza tentang satu mesyuarat yang berlaku pada 8 Ogos 2021.

Cik Raeesah berkata dalam mesyuarat itu, beliau mengaku kepada Encik Pritam, Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap – bahawa beliau telah berbohong tentang mengiringi seorang mangsa serangan seksual ke balai polis dalam ucapannya di Parlimen pada 3 Ogos 2021. 

Beliau kemudian mengulangi dakwaan palsu itu sekali lagi pada 4 Oktober.

Cik Raeesah, yang ketika itu AP GRC Sengkang, berkata bahawa selepas mesyuarat di rumah Encik Pritam, beliau terus menghantar mesej kepada pembantunya, Cik Loh Pei Ying dan Encik Yudhishthra Nathan, memaklumkan bahawa pemimpin WP bersetuju beliau harus menyimpan kebohongan itu hingga ke kubur.

Dalam perbicaraan rayuan, Encik Jumabhoy mempertikaikan cerita Cik Raeesah tentang mesyuarat di rumah Encik Pritam. 

Beliau berkata Cik Raeesah memberi tiga versi berbeza kepada COP dan semasa perbicaraan, termasuk satu versi yang tidak menyebut bahawa Encik Pritam meminta beliau membawa kebohongan itu ke kubur.

Encik Jumabhoy berkata Encik Pritam konsisten mengenai apa yang dikatakan semasa mesyuarat pada 8 Ogos 2021, bahawa pada suatu ketika Cik Raeesah “perlu menjelaskan kebohongan itu”.

Hakim Chong membalas bahawa Cik Raeesah mungkin tidak menggunakan frasa itu secara konsisten dalam ketiga-tiga versi, tetapi itu tidak bermakna ia tidak pernah dikatakan.

Beliau menambah bahawa pihak pembela tidak boleh mengabaikan mesej teks yang dihantar Cik Raeesah kepada pembantunya ketika itu, yang menyatakan bahawa pemimpin WP bersetuju bahawa tindakan terbaik adalah menyimpan maklumat itu hingga ke kubur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg