Premium
Razakjr antara pemimpin akar umbi Teck Ghee diiktiraf
Aug 26, 2019 | 5:30 AM
SUMBANGAN DIIKTIRAF: Dr Abdul Razakjr (kanan) menerima Anugerah Bakti Setia bagi khidmatnya kepada masyarakat sebagai pemimpin akar umbi daripada PM Lee. - Foto FACEBOOK LEE HSIEN LOONG -
TIMBALAN Pengarah Perubatan dan pakar jantung Hospital Raffles, Profesor Madya (Dr) Abdul Razakjr Omar, tampil sebagai antara 80 pemimpin akar umbi di Teck Ghee yang diiktiraf bagi sumbangan mereka kelmarin.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio menyampaikan Anugerah Bakti Setia itu di majlis jamuan malam Hari Kebangsaan bagi penduduk Teck Ghee.

