SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

RazorTV terbit video khas sorot kehidupan mendiang Encik Lee

RazorTV terbit video khas sorot kehidupan mendiang Encik Lee

Mar 23, 2015 | 7:04 AM

RazorTV terbit video khas sorot kehidupan mendiang Encik Lee

-

SUMBANGAN besar Encik Lee Kuan Yew terhadap Singapura adalah sesuatu yang amat bermakna.

Sebagai menghargai jasa beliau, RazorTV, khidmat rangkaian video milik Singapore Press Holdings, telah menerbitkan satu siri dokumentari khas berbahasa Inggeris mengenai mantan perdana menteri pertama itu.

Bahagian pertama mengisahkan kehidupan beliau yang membesar di Kampong Java Road, sebelum memimpin Singapura mencapai kemerdekaan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri pertama republik ini.

Video ini boleh ditonton di http://www.razor.tv/video/1187049/lee-kuan-yew-the-boy-who-became-prime-minister-tribute-to-lee-kuan-yew-pt-1

Untuk bahagian kedua pula, ia memaparkan kejayaan mendiang dan parti yang dipimpinnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi tujuh pilihan raya umum, selain menyorot perjalanannya menjawat jawatan perdana menteri selama 31 tahun dan lebih 50 tahun dalam pemerintah.

Beliau berperanan besar dalam menjadikan Singapura antara negara termaju dunia.

Video ini boleh ditonton di http://www.razor.tv/video/1187054/lee-kuan-yew-the-man-who-defined-singapore-tribute-to-lee-kuan-yew-pt-2

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg