Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Reach, BH anjur perbincangan konflik Israel-Palestin

Nov 25, 2023 | 5:30 AM
DR MALIKI OSMAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).
DR MALIKI OSMAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar). - Foto fail

Berita Harian dan unit maklum balas pemerintah, Reach, akan menganjurkan bersama satu perbincangan panel terbuka bagi orang ramai untuk membincangkan krisis Israel-Palestin.

Perbincangan dalam bahasa Inggeris itu akan diadakan pada 29 November dari 7.30 malam hingga 9 malam di Dewan Acara 1 dan 2, Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di 11 Eunos Road 8.

Panelis perbincangan itu ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; peguam yang juga relawan Roses of Peace, Encik Ahmad Firdaus Daud; dan Pengerusi Pusat Pemahaman Antara Agama (Cifu), Encik Francois Bretault.

Moderatornya ialah Editor Berita, Berita Harian, Encik Nazri Hadi Saparin.

CARA MENDAFTAR: Mereka yang ingin menghadiri sesi dialog itu boleh mengimbas kod QR ini untuk mendaftar.
CARA MENDAFTAR: Mereka yang ingin menghadiri sesi dialog itu boleh mengimbas kod QR ini untuk mendaftar. -

Mereka yang ingin menghadiri dialog tersebut boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR di sebelah atau melungsuri pautan https://form.gov.sg/655b2c5639af080011497595.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg