Rebat cukai korporat, geran bagi SME kembang ke pasaran luar negara dipertingkat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rebat cukai korporat, geran bagi SME kembang ke pasaran luar negara dipertingkat

Feb 12, 2026 | 5:35 PM

Rebat cukai korporat, geran bagi SME kembang ke pasaran luar negara dipertingkat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Untuk menyokong perusahaan kekal berdaya saing, pemerintah akan menyediakan Rebat Cukai Pendapatan Korporat (CIT) sebanyak 40 peratus pada tahun penilaian 2026 yang dihadkan pada $30,000.
Untuk menyokong perusahaan kekal berdaya saing, pemerintah akan menyediakan Rebat Cukai Pendapatan Korporat (CIT) sebanyak 40 peratus pada tahun penilaian 2026 yang dihadkan pada $30,000. - Foto fail

Untuk menyokong perusahaan kekal berdaya saing, pemerintah akan menyediakan Rebat Cukai Pendapatan Korporat (CIT) sebanyak 40 peratus pada tahun penilaian 2026 yang dihadkan pada $30,000.

Ini di samping sokongan tambahan bagi syarikat tempatan berkembang ke luar negara yang dipertingkatkan melalui langkah seperti skim geran sehingga 70 peratus bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan sehingga 50 peratus bagi syarikat bukan SME.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 12 Februari.

“Walaupun ekonomi kita menunjukkan prestasi baik tahun lalu (2025), sesetengah perniagaan terus menghadapi tekanan kos dan cabaran operasi.

“Kami akan menyokong perniagaan tempatan dan membantu mereka kekal berdaya saing,” kata Encik Wong.

Justeru, setiap syarikat aktif yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan pada tahun kalendar 2025 akan menerima faedah minimum sebanyak $1,500 dalam bentuk Geran Tunai Rebat CIT.

Jumlah faedah maksimum, iaitu hasil tambah CIT dan Geran Tunai Rebat CIT yang boleh diterima sesebuah syarikat, adalah sebanyak $30,000.

Syarikat yang layak akan menerima manfaat tersebut secara automatik bermula suku kedua tahun kalendar 2026.

“Ini akan memberikan bantuan jangka pendek, sedang kita meneruskan usaha penyusunan semula dan transformasi,” kata Encik Wong.

Encik Wong juga akur bahawa menjalankan perniagaan di luar negara bukan mudah, terutamanya bagi syarikat kecil.

Perusahaan berdepan dengan peraturan asing, amalan perniagaan berbeza, serta persaingan tempatan yang sengit.

Oleh itu, pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong perusahaan Singapura dalam usaha mereka meneroka pasaran luar negara.

Antara lain, mulai 1 April 2026 hingga 31 Mac 2029, tahap sokongan geran bagi skim pengantarabangsaan akan dipertingkatkan.

SME tempatan akan mendapat sokongan sebanyak 70 peratus daripada kos yang layak manakala syarikat bukan SME tempatan akan menerima sokongan sebanyak hingga 50 peratus daripada kos yang layak.

Sokongan itu akan diberikan menerusi Geran Penyesuaian Perniagaan (BizAdapt) hingga 6 Oktober 2027 dan skim Perikatan Inovasi Sejagat (GIA).

Di samping itu, Geran Bantuan Kesediaan Pasaran (MRA) juga akan ditingkatkan, kata Encik Wong, agar dapat “menyokong syarikat bukan sahaja untuk mengakses pasaran baru, bahkan untuk memperdalam aktiviti dalam pasaran luar negara sedia ada”.

Beliau menambah, di bawah Skim Potongan Cukai Berganda bagi Pengantarabangsaan (DTDi), perusahaan menikmati potongan cukai sebanyak 200 peratus secara automatik untuk aktiviti kelayakan terpilih, yang dihadkan pada $150,000.

“Kami akan membenarkan lebih banyak aktiviti kelayakan untuk (syarikat) layak menerima tuntutan potongan cukai automatik tersebut dan meningkatkan had kepada $400,000,” ujar Encik Wong.

Untuk memberi perusahaan lebih fleksibiliti agar dapat memenuhi keperluan pembiayaan yang berbeza, pemerintah akan mempertingkatkan Skim Pembiayaan Perusahaan (EFS).

Mulai 1 April 2026, kuantum pinjaman maksimum bagi kededua Pinjaman Aset Tetap SME-EFS dan Pinjaman Dagangan-EFS akan dipertingkatkan.

Had pinjaman bagi setiap peminjam dan kumpulan peminjam untuk setiap kemudahan pinjaman akan dimansuhkan dan sebaliknya tertakluk kepada had pendedahan pinjaman keseluruhan sebanyak $50 juta bagi setiap kumpulan peminjam merangkumi semua fasiliti EFS.

Dalam pada itu, bagi memperkukuh ekosistem perusahaan, beberapa langkah akan diambil oleh pemerintah.

Ini termasuk memperuntukkan sebanyak $1 bilion untuk mempertingkatkan Startup SG Equity dan meluaskan skopnya untuk merangkumi perusahaan di peringkat pertumbuhan.

Tranche kedua bagi Anchor Fund bernilai $1.5 bilion turut dilancarkan oleh Encik Wong.

Anchor Fund ialah dana pelaburan bersama yang ditubuhkan oleh pemerintah Singapura dan Temasek untuk menyokong perusahaan yang menjanjikan pertumbuhan tinggi dalam pengumpulan dana awam di pasaran ekuiti awam Singapura.

Sementara itu, pemerintah akan menokok sebanyak $1.5 bilion ke Dana Pembangunan Sektor Kewangan di bawah Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg