Premium
Rekod urus niaga ejen hartanah kini disiar 'online'
Jan 5, 2019 | 5:30 AM
CONTOH REKOD: Daftar awam Majlis Agensi Hartanah (CEA) antara lain menyiarkan maklumat tentang pengalaman ejen dan rekod urus niaga yang berjaya diselesaikan ejen berkenaan. Sebagai contoh, menurut daftar itu ejen ERA Realty, Syed Abdullah Ahmad Alhamid, sepanjang 24 bulan lalu, telah menyelesaikan 57 urus niaga jual beli flat HDB. - Foto laman web CEA -
BAKAL pembeli dan penjual flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kini boleh mengakses rekod urus niaga yang dikendalikan ejen hartanah tempatan menerusi daftar awam di Internet.
Wadah itu merupakan antara Inisiatif Rekod Urus Niaga Ejen Hartanah oleh Majlis Agensi Hartanah (CEA) yang dilancarkan semalam.

