Topic followed successfully
Go to BHkuRelawan belia turun padang jayakan projek amal ROW
Premium
Relawan belia turun padang jayakan projek amal ROW
May 7, 2017 | 5:30 AM
Relawan belia turun padang jayakan projek amal ROW
IHSAN RAMADAN: Encik Chan (berbaju merah) membantu membungkus habuan untuk diberi kepada penerima bantuan dengan relawan Encik Muhd Shazwan Nur Rhymie (kiri) dan Encik Danial Irfan Shah (dua dari kanan) dengan disaksikan (dari kanan) Timbalan Presiden 4PM, Encik Mohd Hairil Johari, dan presiden badan itu, Encik Izzuddin Taherally. - Foto M.O. SALLEH -
MENYUMBANG kepada golongan memerlukan menerusi projek sukarela Ramadan On Wheels (ROW) sudah sebati dengan jiwa Encik Danial Irfan Shah Iskandar Shah, 17 tahun.
Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur itu telah melibatkan diri dengan projek anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) ini sejak menuntut di darjah empat.

