Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Relawan blok terus sumbang tenaga makmurkan Ramadan

Nasib ruang solat tarawih di beberapa kolong blok di Jurong West yang telah dimanfaatkan penduduk Islam di kawasan itu sejak lebih 16 tahun lalu kini menjadi tanda tanya selepas Ramadan ini. Ini kerana sesetengah relawan yang telah membantu mengendalikan ruang itu selama ini tidak pasti sama ada mereka berpeluang terus melakukan demikian pada tahun mendatang memandangkan Masjid Maarof di Jurong West yang bakal dibuka tidak lama lagi dijangka dapat memenuhi keperluan jemaah di kawasan itu. Namun sementara sesetengah relawan berharap dapat terus mengendalikan ruang solat bawah blok itu, ada juga yang merancang tidak meneruskan kerana usia relawan yang sudah lanjut dan ketiadaan golongan pelapis. Laporan ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg).
Jul 5, 2016 | 5:30 AM
BERAT SAMA DIPIKUL: Encik Yusoff Subri (baju biru) dan seorang lagi relawan membentang tikar dan sejadah sebelum jemaah menunaikan solat tarawih di kolong Blok 724 Jurong West Street 72. - Foto KHALID BABA
BERAT SAMA DIPIKUL: Encik Yusoff Subri (baju biru) dan seorang lagi relawan membentang tikar dan sejadah sebelum jemaah menunaikan solat tarawih di kolong Blok 724 Jurong West Street 72. - Foto KHALID BABA -

BELIAU tidak sabar menantikan pembukaan masjid baru, Masjid Maarof, yang terletak kurang dua kilometer dari rumahnya menjelang Hari Raya Haji tahun ini.

Ini kerana Encik Yusoff Subri Abdul Ghafoor, 58 tahun, serta penduduk Islam lain di kawasan Jurong West itu dapat memanfaatkannya antara lain bagi mengerjakan solat, termasuk tarawih pada bulan Ramadan, di masjid yang baru itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg