
RELAWAN dari M Kuasa Tiga (M3) di Pasir Ris-Punggol dan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) bersama Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha (kanan), telah mengagihkan kurma dan tanda buku kepada penduduk, tidak kira bangsa atau agama yang tinggal di kawasan sekitar Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris.
Mereka juga menyediakan kurma untuk sahur dan jamuan iftar untuk keluarga yang kurang bernasib baik di blok-blok sewa di Pasir Ris, Sabtu lalu.
Ini adalah tahun ketiga Projek Tamar diadakan dan ia dimulakan oleh Masjid Al-Istighfar untuk mengeratkan silaturrahim dan memupuk hubungan baik antara jiran di Pasir Ris.
Pasukan itu dipimpin oleh Ustaz Ma'az, Ustaz Lutfil dan Ustazah Zahroh.
"Ini adalah satu usaha yang baik untuk penduduk di Pasir Ris!" ujar Encik Sharael yang kemudian menucapkan terima kasih kepada Ustaz Ma'az dan pasukan Masjid Al-Istighfar.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg