Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Relawan Sana beri khidmat percuma gunting rambut warga emas di Eunos Crescent

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan Sana beri khidmat percuma gunting rambut warga emas di Eunos Crescent

Jan 06, 2024 | 06:35 PM



Mempelajari kemahiran menggunting rambut sejak 1992, Encik Upu Badarrudin Shah Jaldairie tidak ingin mensia-siakan kemahirannya.

Kemahiran itu diasah dan menjadi bekal untuk memulakan lembaran kehidupan baru apabila beliau membuka perniagaan gunting rambut sendiri, Sleek & Trendy Cut, di pusat beli-belah Queensway pada 2021.

Encik Upu, kini 57 tahun, pernah terjerumus dalam kancah dadah dan telah keluar dari penjara sejak 2020.

Beliau juga telah menjadi relawan dan pendamping Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) sejak 2022, dengan tujuan mengajak golongan yang terjebak dalam kancah dadah untuk turut berubah.

“Apabila terdapat kegiatan atau hobi yang saya minati dan dengan matlamat yang jelas, ia membolehkan saya menjauhi godaan kembali kepada penyalahgunaan dadah.

“Justeru, saya ingin mengajar kemahiran ini kepada yang lain agar mereka juga dapat mencari minat sendiri,” ujar Encik Upu kepada Berita Harian.


Pada 6 Januari, beliau merupakan antara relawan Sana yang menggunting rambut warga emas di Pusat Penuaan Aktif (AAC) Tembusu di Eunos Crescent, sebagai sebahagian daya usaha masyarakat.

Encik Upu telah melatih tujuh rakan pendamping Sana yang lain sejak 2022.

Sebagai langkah untuk meneruskan latihan mereka, Sana telah bekerjasama dengan Cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Geylang Serai serta AAC Tembusu untuk memberikan khidmat gunting rambut secara percuma kepada penduduknya.

Turut menghadiri acara tersebut ialah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman.

“Ini ialah satu inisiatif yang baik terutama bagi Kampung Eunos Network, rangkaian pelbagai agensi perkhidmatan sosial untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk dan menggalak penuaan aktif dalam kalangan warga emas.

“Dengan acara sebegini, ia menggalak warga emas keluar rumah dan pada masa yang sama, berinteraksi dengan orang lain,” ulas Encik Fahmi.

Seramai 20 penduduk hadir di acara tersebut untuk mendapatkan khidmat gunting rambut percuma.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Chan, dalam lingkungan 70-an, berasa gembira dapat khidmat gunting rambut percuma, sebagai sebahagian persiapannya untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang.

Selain Encik Upu, empat lagi rakan pendampingnya yang telah dilatih turut tampil membantu dalam acara itu.

Antaranya ialah Encik Roje Putih, 58 tahun, yang dibebaskan sejak 2019 dan kini bekerja sepenuh masa sebagai penyelia penyenggaraan.

“Saya mengambil kursus ini untuk mengisi masa dan juga sebagai hobi untuk merehatkan minda. Ini satu inisiatif yang baik kerana selain memperolehi kemahiran, kami juga dapat menyumbang kembali kepada masyarakat,” kata beliau.

Pengarah eksekutif Sana, Encik Kok Weng Chew, berkata: “Selain menyokong mereka (agar) kekal bebas daripada ketagihan dadah, Sana juga ingin menambah satu lagi tahap bermakna dari segi pemulihan bekas penyalah guna dadah.

“Kami ingin membantu mereka mencari tujuan dalam kehidupan. Dengan hala tujuan yang jelas, kajian telah membuktikan ini akan memberi mereka keteguhan untuk menjauhi dan kemudian mengikis tabiat lama mereka itu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >