Topik diikuti
Pergi ke BHkuRelawan siap ke Indonesia laksana korban
Relawan siap ke Indonesia laksana korban
Relawan siap ke Indonesia laksana korban
KEGIATAN korban di luar negara kembali meriah dengan penyertaan sukarelawan Attawasol Insaniy yang bersemangat membantu saudara Islam di kawasan baru, Gunung Kidul, dan beberapa kawasan terpencil lain di Indonesia.
Selepas dua tahun Attawasol Insaniy tidak dapat menghantar kumpulan sukarelawan ke pusat agihan kerana sekatan Covid-19, kini sukarelawannya sudah bersiap sedia melaksanakan misi ibadah korban di sana.
Pada kali ini, Attawasol Insaniy menyasarkan pengagihan daging korban kepada lebih 200 kampung kecil, pesantren dan rumah anak yatim terpilih.
Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, memaklumkan bahawa pengurusan ibadah korban telah dirancang bersama bantuan sukarelawan demi melancarkan proses pengagihan daging korban.
Jelasnya:
"Bagi persiapan di Singapura, pekerja akan menyediakan senarai nama sohibul korban dan ia akan dinilai semula dengan senarai penerima daging korban yang menjalani proses kelayakan daripada pemerintah Indonesia.
"Kami juga bakal menempatkan sekumpulan sukarelawan untuk bertugas di beberapa kawasan kampung terlibat.
"Mereka perlu memastikan daging korban dilapah dan diproses dalam bentuk pek makanan, sebelum diagihkan kepada individu atau kumpulan berkelayakan."
Menurut Ustaz Dr Leyaket Ali lagi, Attawasol Insaniy sangat komited dalam memastikan misi ibadah korban berjalan dalam keadaan telus dan sempurna.
Katanya:
"Walaupun ketua operasi Attawasol Insaniy di Indonesia sudah bersiap sedia dengan kelengkapan logistik, kami tetap menghantar sukarelawan untuk membantu proses penyembelihan dan pengagihan.
"Kemudian, laporan akan dihantar kepada ibu pejabat atau saya sendiri untuk penilaian. Kami akan cuba memenuhi sebarang keperluan tambahan seperti keperluan asas, ubat-ubatan, peralatan mandian dan sebagainya, jika perlu.
"Semasa kemuncak pandemik dahulu, kebanyakan taklimat, mesyuarat atau perbincangan dilancarkan menerusi aplikasi Zoom sahaja. Video sembelihan di kampung-kampung terlibat juga diambil dan seterusnya dihantar kepada bahagian pengurusan Attawasol Insaniy di Singapura bagi menyemak ketelusan projek korban.
"Semoga sumbangan masyarakat Islam akan berterusan agar kami dapat menjalankan amanah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam apa jua keadaan."
CARA HULUR SUMBANGAN
- Daftar dalam talian di: www.bit.ly/aiqurban22
- Bayar melalui pemindahan wang ke dalam akaun OCBC 6421-4943-9001; atau PayNow kepada UEN T17LL0787E dan WhatsApp ke talian 9272-9132.
- Untuk pertanyaan atau khidmat pengambilan dari rumah, hubungi talian 6344-6334, 8874-8848, 9027-3547 atau 9272-9132.
- Lungsuri Facebook@ Attawasol Insaniy Singapore bagi perkembangan agihan.
