Premium
Relawan tekan mesej SGSecure dalam kegiatan antara kaum
Sidang Masyarakat SGSecure sulung di Our Tampines Hub hari ini
Jan 26, 2019 | 5:30 AM
TINGKAT HUBUNGAN MASYARAKAT: Sebagai pengerusi IRCC Ayer Rajah, Encik Shahrin Abdol Salam mengadakan pelbagai kegiatan dan program silang kaum dan agama dengan kerjasama badan agama dan masyarakat demi mengeratkan lagi hubungan warga. - Foto ihsan SHAHRIN ABDOL SALAM -
DALAM usaha memperkukuh fabrik sosial masyarakat, Encik Shahrin Abdol Salam, selaku pengerusi Kumpulan Keyakinan antara Kaum dan Agama (IRCC) Ayer Rajah, bekerjasama dengan badan agama dan akar umbi untuk mengadakan pelbagai kegiatan silang kaum dan agama.
Cik Shahrany Hassan pula memulakan siri Ask Me Anything (AMA) untuk menyediakan wadah yang selamat buat orang ramai mengajukan sebarang soalan berkaitan agama tanpa rasa takut menyinggung perasaan sesiapa.

