Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja 13 tahun ditangkap kerana curi wang $1,000 dari flat Tampines

Jul 12, 2019 | 11:47 AM
4bf667b2-b986-40fe-a576-bc02f23ae291
-

SEORANG remaja 13 tahun ditangkap kerana didakwa mencuri wang tunai sehingga $1,000 dari sebuah flat HDB di Tampines semalam (11 Julai).

Menerusi satu kenyataan hari ini, polis berkata mereka menerima laporan sekitar 6.30 pagi berkenaan wang tunai yang hilang dari sebuah unit di Tampines Street 24.

Pegawai Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti remaja itu menerusi siasatan susulan dan imej daripada kamera polis.

Dia kemudian ditangkap.

Menurut akhbar The Straits Times, dia difahamkan telah mencuri wang itu menerusi tingkap sebuah bilik tidur dari koridor blok itu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa dia juga dipercayai terlibat dalam satu lagi kes yang serupa, kata polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg