Topik diikuti
Pergi ke BHkuRemaja 15 tahun cedera, ditumbuk di ruang senaman di Serangoon
Remaja 15 tahun cedera, ditumbuk di ruang senaman di Serangoon
Remaja 15 tahun cedera, ditumbuk di ruang senaman di Serangoon

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun dibawa ke hospital selepas dipukul di sebuah ruang bersenam di Serangoon.
Pihak polis berkata kejadian itu berlaku di Blok 201 Serangoon Central pada 15 Januari lalu. Mereka menerima panggilan meminta bantuan pada kira-kira 4.15 petang.
Kes itu telah diklasifikasikan sebagai rusuhan dan lapan orang berusia 11 hingga 14 tahun sedang membantu dalam siasatan.
Kejadian itu dirakamkan dalam video 52 saat dan diedarkan dalam talian.
Mangsa dilihat terduduk di salah sebuah alat senaman di sudut senaman dan ditendang di muka oleh seorang lagi remaja lelaki.
Dua lagi remaja lelaki menyertai serangan dengan menendang mangsa dan ketiga-tiga lelaki itu kemudian mula menumbuk tanpa henti mangsa di kepala dan di badan.
Di video itu, kedengaran seseorang berkata untuk melarikan diri jika polis muncul. Satu lagi komen kedengaran agar baju mangsa dibuka.
Mangsa boleh didengar menangis dalam video sambil menggunakan tangan untuk cuba melindungi kepalanya.
Remaja lelaki berusia 15 tahun itu kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan sedar. Siasatan polis sedang dijalankan.