Topik diikuti
Pergi ke BHkuRemaja diarah jalani latihan pemulihan di atas penipuan wang palsu

Remaja diarah jalani latihan pemulihan di atas penipuan wang palsu
REMAJA yang mengambil bahagian dalam penipuan untuk membelanjakan wang $100 palsu kini membayar balik hutangnya kepada masyarakat.
Nur Qairulnisha Rosmani, 17 tahun, membeli gula-gula, rokok dan minuman menggunakan wang tunai palsu dan diberikan baki wang sebenar.
Hari ini (30 Jan), dia dijatuhi hukuman latihan pemulihan sekurang-kurangnya setahun selepas mengaku bersalah November lalu di atas dua tuduhan membelanjakan wang palsu dan satu tuduhan tidak berkaitan melibatkan pecah amanah.
Pesalah yang dihantar ke pusat latihan pemulihan (RTC) mengikuti rejimen ketat termasuk perbarisan dan kaunseling.
Qairulnisha antara empat yang terlibat dalam penipuan wang palsu itu.
Zafirah Aziz, 20 tahun, telah dijatuhi hukuman setahun di RTC bulan lalu selepas mengaku bersalah atas peranannya dalam kesalahan duit palsu itu.
Waran tangkap dikeluarkan ke atas Nor Shafiyana Iswady, 20 tahun, hari ini selepas dia gagal hadir di mahkamah. Dia mengaku bersalah atas kesalahannya November lalu.
Kes melibatkan Muhammad Faiz Sapi'ee, 27 tahun, masih belum selesai.
