Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua remaja diberkas kerana bertindak sebagai 'kaki' pemiutang tanpa lesen

May 8, 2020 | 8:45 PM
DIHADAPKAN KE MAHKAMAH: Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun diberkas kerana terlibat dalam kes gangguan yang dilakukannya sebagai 'kaki' pemiutang tanpa lesen.
DIHADAPKAN KE MAHKAMAH: Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun diberkas kerana terlibat dalam kes gangguan yang dilakukannya sebagai 'kaki' pemiutang tanpa lesen. - - Foto: FAIL

Polis telah memberkas dua remaja lelaki berusia 18 dan 20 tahun kerana terlibat dalam kes gangguan yang dilakukan mereka sebagai 'kaki' pemiutang tanpa lesen.

Menurut polis, mereka mendapat laporan semalam bahawa satu kes gangguan yang dilakukan 'kaki' pemiutang tanpa lesen di mana dua lelaki cuba menampal nota di pintu sebuah rumah di Ang Mo Kio Avenue 10.

Mereka melarikan diri apabila menyedari penghuni rumah sedang memerhatikan mereka.

Hasil siasatan di lapangan dan dibantu dengan gambar dari kamera polis, anggota polis dari Divisyen Polis Tanglin memberkas seorang lelaki berusia 20 tahun pada hari yang sama.

Remaja berusia 18 tahun telah diberkas hari ini.

Beberapa nota peminjam telah dirampas sebagai bahan bukti kes.

Kedua-dua lelaki yang diberkas akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Jika disabit kesalahan di bawah Akta Peminjam Wang, pesalah pertama akan didenda tidak kurang $5,000 dan tidak melebihi $50,000, dan wajib dipenjara sehingga 5 tahun, selain wajib dirotan sehingga enam kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg