Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja ditangkap berhubung kes tipu tiket konsert di Carousell

Apr 18, 2019 | 3:44 PM
TIPU DALAM TALIAN: Remaja ditangkap kerana terlibat dalam sekurang-kurangnya 11 kes tipu dalam talian menjual tiket konsert melibatkan $5,400.
TIPU DALAM TALIAN: Remaja ditangkap kerana terlibat dalam sekurang-kurangnya 11 kes tipu dalam talian menjual tiket konsert melibatkan $5,400. - Foto SPF

SEORANG remaja berusia 18 tahun ditangkap kerana didakwa terlibat dalam sekurang-kurangnya 11 kes tipu dalam talian menjual tiket konsert Ed Sheeran, Maroon 5 dan Blackpink.

Mangsanya memberi respons kepada iklannya bagi tiket tersebut di laman jual beli Carousell.

Namun, mereka tidak menerima tiket yang dipesan selepas membuat bayaran kepadanya menerusi pemindahan bank.

Menerusi satu kenyataan hari ini (18 April), polis berkata mereka menerima beberapa laporan daripada mangsa antara 13 Februari dengan 2 Mac lalu.

Remaja tersebut ditangkap oleh pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) semalam. Dia dipercayai menipu mangsa sebanyak $5,400.

Remaja itu akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg