Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja jalani probesyen selepas PMD yang dituggang laju langgar lelaki, sebabkan kecederaan

May 31, 2023 | 3:51 PM
DIKENAKAN PROBESYEN: Belia itu mengaku bersalah kepada setiap kesalahan menunggang PMD tidak berdaftar itu di atas laluan pejalan kaki dan menyebabkan kecederaan teruk akibat pebuatan terburu-buru.
DIKENAKAN PROBESYEN: Belia itu mengaku bersalah kepada setiap kesalahan menunggang PMD tidak berdaftar itu di atas laluan pejalan kaki dan menyebabkan kecederaan teruk akibat pebuatan terburu-buru. - Foto ST

SEORANG belia berusia 17 tahun sedang menunggang laju alat mobiliti peribadi (PMD) di laluan pejalan kaki pada Mei 2022 apabila dia melanggar seorang lelaki yang sedang berlari-lari anak, menyebabkan mangsa alami kecederaan pada beberapa bahagian tulang termasuk rusuk, selangka, tulang kering, dan atas tangan.

Lelaki berusia 52 tahun itu juga mengalami kecederaan pada ginjal kirinya dan telah dirawat di hospital selama 41 hari.

Pesalah itu, yang berusia 18 tahun pada September 2022, telah dikenakan probesyen selama 18 bulan pada Rabu.

Dia mengaku bersalah atas setiap kesalahan menunggang PMD tidak berdaftar di atas laluan pejalan kaki dan menyebabkan kecederaan teruk kepada mangsa akibat perbuatan terburu-buru.

Sebagai sebahagian daripada probesyennya, dia perlu kekal dalam tempat tertutup dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari dan melakukan kerja perkhidmatan kemasyarakatan selama 60 jam.

Ibunya serta bapa tirinya juga perlu membayar bon sebanyak $5,000 bagi memastikan kelakuan baik remaja itu semasa tempoh probesyen.

Pesalah itu tidak boleh dinamakan memandangkan dia berusia 17 tahun semasa melakukan kesalahan tersebut.

Mereka yang berusia 18 tahun ke bawah dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Timbalan Pendakwa Raya, Cik Stephanie Koh, memberitahu mahkamah bahawa pesalah itu telah mendapatkan PMD tersebut daripada salah seorang rakannya pada Jun 2021.

Dia tahu bahawa PMD tersebut tidak berdaftar dan tidak mematuhi keperluan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg