Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja laku kesalahan seksual pada mangsa 9 tahun selepas kelas agama

Mar 8, 2024 | 5:01 PM
Remaja berusia 18 tahun didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun.
Remaja berusia 18 tahun didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun. - Foto fail

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap cucu perempuan jirannya yang berusia sembilan tahun selepas menghadiri kelas agama di rumah jirannya itu.

Pesalah yang kini berusia 20 tahun, terus melakukan jenayah seksual terhadap mangsa pada tiga kejadian berasingan, lapor The Straits Times (ST).

Semasa sidang perbicaraan yang berlangsung pada 8 Mac, mahkamah menuntut laporan untuk menilai kesesuaiannya untuk menjalani pemulihan akhlak.

Enam tuduhan lain akan dipertimbangkan semasa hukuman.

Tertuduhan tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa.

Timbalan pendakwa raya Claire Poh dan Maximilian Chew menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa pada masa kesalahan itu, dia tinggal di tingkat yang sama dengan nenek mangsa dan menghadiri kelas agama yang dijalankan wanita itu pada malam hari biasa.

Mangsa ketika itu tinggal bersama neneknya pada hari biasa dan pesalah telah menghadiri kelas agama sekitar 8 malam pada November 2021.

Selepas tamat kelas, dia duduk di sebelah budak perempuan itu di atas sofa dan sama-sama mula menonton video di telefon bimbitnya.

Menyedari nenek mangsa, yang berada di sofa yang sama, telah terlelap, pesalah menyerang mangsa secara seksual.

DPP berkata, mangsa berasa malu dan keliru dengan apa yang berlaku namun dia tidak memberitahu anggota keluarganya tentang kejadian itu.

Pegawai polis telah menahan pesalah pada 31 Januari 2023, sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Tertuduh dijangka dijatuhkan hukuman pada 2 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg