Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Remaja minta bantuan firma guaman selepas bapa tiri dera secara seksual

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja minta bantuan firma guaman selepas bapa tiri dera secara seksual

Feb 19, 2024 | 08:09 PM



Seorang remaja perempuan yang didera secara seksual oleh bapa tirinya selama dua tahun meminta bantuan daripada firma guaman tempatan kerana terdesak, selepas percubaan lain untuk menghentikan serangan itu gagal.

Bapa tiri itu tidak berputus asa walaupun selepas gadis itu mengunci pintu bilik tidurnya dan selepas abangnya cuba menghalang serangan itu.

Gadis itu menghantar dua mesej ke laman web firma itu, mengatakan dia takut untuk pergi ke balai polis dan berfikir ingin membunuh diri.

Pengarah firma tersebut membuat laporan polis bagi pihak gadis itu.

Pada 19 Februari, bapa tiri berusia 37 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Tinggi.

Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan setiap satu – serangan seksual melalui penetrasi yang teruk dan serangan seksual melalui penetrasi.

Sembilan lagi pertuduhan, atas perbuatan mendera yang dilakukan antara 2019 dan 2021, telah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki itu atas jenayahnya yang “mengerikan”, yang bermula ketika gadis itu berusia 11 atau 12 tahun, Hakim Mahkamah Tinggi Aedit Abdullah berkata lelaki itu telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mengambil kesempatan dan menyerang mangsa yang tidak berdaya.

Hakim Aedit berkata lelaki itu tetap berkeras walaupun ibu mangsa menyuruhnya berhenti dan mangsa serta abangnya cuba menghentikan serangan itu.

Hakim turut memuji tindakan peguam dan kakitangan firma guaman itu yang tidak dinamakan.

Beliau berkata firma dan pengarah itu tidak ingin dikenali.

“Mujur mereka yang didekati mangsa mengambil tindakan dan langkah membawa perkara itu ke perhatian polis,” katanya.

Pada 11 Disember 2021 dan 17 Disember 2021, gadis itu memberitahu firma guaman tersebut menerusi laman web bahawa dia telah diserang secara seksual oleh bapa tirinya.

Bapa tirinya kemudian ditahan pada 18 Disember 2021 – hari yang sama laporan polis dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >