Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja penyerang pemblog Amos Yee dikenakan probesen

Mar 1, 2017 | 11:58 AM
Bryon Loke Thong Ler, yang menyerang pemblog Amos Yee di pusat beli-belah Jurong Point pada Mei tahun lalu, dilihat di luar Mahkamah Negara pada 18 Ogos 2016.
Bryon Loke Thong Ler, yang menyerang pemblog Amos Yee di pusat beli-belah Jurong Point pada Mei tahun lalu, dilihat di luar Mahkamah Negara pada 18 Ogos 2016. - GAMBAR FAIL ST

SEORANG remaja yang menyerang pemblog Amos Yee di sebuah pusat beli-belah di Jurong West Mei tahun lalu diarah menjalani probesen sembilan bulan pada Selasa (1 Mac).

Bryon Loke Thong Ler, 19 tahun, yang bersemuka dengan Yee, 17 tahun, kerana merakam videonya di Jurong Point, juga diarah melakukan khidmat masyarakat selama 100 jam.

Ibu bapa Loke, yang hadir di mahkamah, diletak di bawah bon $5,000 bon untuk memastikan dia mematuhi arahan itu.

Serangan tersebut berlaku selepas Loke, seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa, mengandaikan Yee mengambil fotonya.

Loke kemudian mengejar Yee dan menguncinya dengan memegang tangannya dan menyekat laluannya.

Dia sebelum ini telah mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah ke atas Yee antara 12 dan 12.50 tengah hari pada 29 Mei tahun lepas.

Mahkamah meminta laporan akhlak disediakan, dan diberitahu pada Selasa bahawa laporan itu menunjukkan Loke sesuai bagi probesen.

Pihak pendakwaan tidak membantah terhadap probesen.

Yee sedang memohon suaka politik di Amerika Syarikat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg